Solat Hajat & Doa Selamat





Alhamdullillah, solat hajat dan doa selamat telah diadakan di rumah saudara Mazlan (35, 1/15) bertujuan memohon kerahmatan dari Allah s.w.t agar saudara Mazlan disembuhkan dari penyakit yang dihidapinya dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.
Solat hajat diimamkan Ustaz Abu Hisham manakala bacaan Surah Yassin dipimpin Ustaz Tajuddin.
Semoga usaha ini diberkati dan diterima Allah s.w.t dan segala yang dihajati dimakhbul olehNya. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha. Terima kasih kepada semua ahli kariah Surau Al-Muhajirin yang turut dan ringan tangan menyumbang.

Sedikit Renungan untuk semua:

Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa : " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
Tidak putus asa dengan takdir Allah
Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaalla)