Mesyuarat Pertama J/Kuasa Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013






Assalamualaikum,
Sepertimana yang termaktub dalam 'Tatacara Peralihan Pentadbiran Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor' mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa surau hendaklah diadakan dalam tempoh sebulan dari tarikh pemilihan.
Justeru bagi memenuhi tuntutan tersebut satu mesyuarat bagi AJK Surau sesi 2010-2013 telah diadakan di tempat dan tarikh yang berikut:

Tarikh : 27.4.10 (Selasa)
Tempat : Surau Al-Muhajirin.
Antara Agenda Mesyuarat yang telah dibincangkan:
a. Kewangan dan Asset Surau.
b. penukaran Kuasa menandatangani cek oleh Pengerusi Surau, Setiausaha dan
Bendahari.
c. Tugas dan tanggungjawab mengikut portfolio seperti dalam kaedah-kaedah Pegawai
dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor (Pindaan) 2001.
d. Menetapkan jadual mesyuarat Jawatankuasa Surau.
e. Merancang program-program dan aktiviti-aktiviti pengimarahan surau, dan
f. Menetapkan kehadiran Penasihat Surau dalam setiap mesyuarat.
g. Lain-lain hal yang turut dibincangkan termasuklah perlantikan beberapa individu yang akan bertanggungjawab bagi kes khalwat, kes kematian, kenduri, dan kebajikan.

Mesyuarat juga turut membincangkan penubuhan beberapa jawatankuasa baru dan bidang tugas masing-masing.
Berikut Senarai penuh Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013:

Penasihat
M. Wahi Johari
Ustaz Abu Hisham Al-Besuty

Pengerusi
Yusmani Samot

Timbalan Pengerusi
Sheikh Hussein Al-Jabri

Iman 1&2
Ustaz Zamri Kadir
Kamaruddin Wan Hassan

Bilal
Zulkarnain Hassan
Mohd Kamal Ismail
Zairun Saluwi

Siak
Azahari Awaluddin
Mohd Zaini Mohd Yahya

Setiausaha
Zainuilkhan Sahid

Bendahari
Akhbal Nik Mohammed

Pemeriksa Kira-Kira
Adzman Abd. Hamid
BG. Rashid Rusly

Pengurus Jenazah Wanita
Norhafiza Mat Arip
Nur Ayu Anita Jamaluddin

Wakil Pemuda & Informasi
Anuar Idris

Wakil Wanita
Che Dayang Marina

Hal Ehwal Kafa
Mohd Helmi Halifah

Hal Ehwal Aset
Anuar Ghani

Hal Ehwal Penyelenggaraan
Mohd Zamri Zainon

Hal Ehwal Program & Aktiviti
Mohd Affandi Ramlan

Hal Ehwal Jamuan
Jamaluddin Bakar
Mohd Basir Basiron

Bagi pihak AJK Surau Al-Muhajirin mengucapkan tahniah kepada yang dipilih dan selamat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan jujur dan amanah. Sesungguhnya apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada perjuangan menegakkan Agama Islam dan sesungguhnya ia amat disukai oleh Allah s.w.t.
Semoga segala usaha dan komitment saudara semua akan mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah s.w.t. AMIN.