Al-Fatihah


Untuk makluman, bapa mertua saudara Zureen telah kembali ke Rahmatullah pada 7 April 2010, Rabu di Hospital Serdang. Arwah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam UPM. Bagi seluruh AJK Surau Al-Muhajirin dan ahli kariah mengucapkan tahziah buat keluarga saudara Zureen. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh arwah ditempatkan disisi orang-orang yang mendapati keampunan, rahmat dan ehsan dari Allah s.w.t.
Al-Fatihah....
Namun sebagai peringatan kepada semua, bagi yang belum mendaftar untuk menjadi ahli Kariat Kematian untuk kariah ini, diharap dapat mendaftar dengan segera bagi kemudahan dan keselesaan jika ada kematian. Semua maklumat boleh didapati di Surau Al-Muhajirin.

"اللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِيْ النَّارِ وَعَذَابٍ فِيْ الْقَبْرِ‏"

Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.” - Sekadar renungan dan ingatan buat diri sendiri dan kita semua.