Sambutan Maal Hijrah 1430H

Pd tahun ini, pihak SAM tidak ketinggalan utk mengadakan ceramah sempena menyambut Maal Hijrah spt tahun2 yg sudah. Sambutan kali ini dgn bangganya pihak SAM dpt menjemput Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz.


Banner-banner yg direntangkan utk pemberitahuan umum sambutan Maal Hijrah di Surau Al-Muhajirin (SAM).

Majlis yg dimulakan agak terlewat ini telah di pengerusikan oleh Ust Zamri.

Serba sedikit mengenai Ust Farhan. Beliau dahulunya merupakan seorang Kristian yg bernama Paster Yohanes. Anak kpd seorang Ketua Paderi ini telah menjalani latihan ketua mubaligh Kristian selama 2 tahun dan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian.

Beliau memeluk Islam pd 26 Feb 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau Sabah apabila mula tertarik dgn Islam semasa menuntut di UiTM Sabah. Selepas itu beliau mempelajari mengenai Islam di Perkim dan seterusnya menjadi Al-Hafiz sebelum melanjutkan pengajiannya di Al-Azhar Mesir. Dan kini beliau bergiat aktif menguruskan pusat tahfiz dan disamping itu menjadi pendakwah bebas menyampaikan maklumat tentang gerakan kristianisasi masakini yg cukup membimbangkan.
Sebahagian jemaah Puj1 dan juga jemaah dari kawasan sekitar PUJ yg sabar menunggu kehadiran Ust Farhan yg agak terlewat pd mlm itu. Majlis sepatutnya dijalankan selepas Isyak, ttp dimulakan pd jam 9.30mlm.
Para muslimat juga tdk ketinggalan mendengar ceramah oleh Ust Farhan.

Sesi beramah mesra dan bertukar-tukar maklumat menjadikan ukhwah semakin erat sesama kita. Harapan dari semua jemaah SAM amnya dan AJK surau khususnya dapatlah Ust Farhan meluangkan masa lagi di lain kali utk menyampaikan dakwah beliau dan maklumat2 penting mengenai ajaran Islam di Surau Al-Muhajirin. Insya-Allah.