Penambah-baikkan Surau - update.

Pada malam Selasa 13Jan yg lepas, saya bersama sdr.Wahi & Abg Din, telah membuat satu pertemuan dengan Penderma Hamba Allah bagi tujuan penambahbaikan surau SAM. Alhamdulillah, perbincangan tsbt begitu positif. Utk makluman kariah semua, persetujuan yang telah diperolehi adalah sepertimana berikut.

a. Pembaikkan bumbung bocor.

b. Menaikkan bumbung belakang.

c. Menukar ceiling yang rosak akibat bocor.

d. Menukar ‘window louvres’ kpd ‘swing type’.

e. Lantai akan di tukar kpd tiles.

f. Memecahkan dinding surau bagi tujuan sedikit extension bagi membesarkan kawasan surau.

g. Cat semula.

Bagi tujuan tsbt, insyallah ana akan makluman satu pertemuan dgn AJK surau utk diadakan dlm waktu terdekat ini bagi perbincangan lanjut kerana ianya akan melibatkan kelas pengajian Al-Quraan & Fardhu Ain anak-anak kita di surau di samping aktiviti2 harian surau juga akan terganggu. Buat masa ini, kami akan buat sedikit estimate costings disamping mengadakan perbincangan dengan sdr jeff iran terlebih dahulu bagi tujuan mengenalpasti rekabentuk ‘as built structure’.

Tentatively bila nak start? : Insyallah pada awal February 2009.

Wassalam,

Yus.