Tazkirah Jumaat - part V (25 Jul '08)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Ditanyakan orang kepada Nabi saw., amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?" Jawab Nabi saw., "Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!" Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun Nabi saw. tetap menjawab seperti itu. Terakhir beliau menjawab, "Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat, sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan."

dipetik dr Hadis Sahih Muslim Jilid 4 (Hadis Nombor 1837)