Laporan Terbaru Mengenai Khairat Kematian

Laporan oleh Sdr Pengerusi - 9Jul'08

Asalamualaikum,

Alhamdulillah, surat kemaskini AJK SAM ke JAIS telah selamat di hantar, kemudian saya terus ke Pusat Islam UPM utk pendaftaran khairat kematian. Ada 3 perkara utk makluman semua:

1. Pihak ‘Khairat Kematian Qaryah Serdang’ (KKQS) tiada halangan menerima permohonan kita untuk berada di bawah KKQS (Nota: Surat kelulusan surau dr JAIS & surat senarai AJK surau terkini telah dimajukan utk tindakan selanjutnya) .

2. Semua Qaryah SAM yang ingin berdaftar dikhendaki mengisi borang (Sila lihat lampiran atau dapatkan borang di Surau) dan hantar kepada saya atau Setiausaha (Sdr. Ann) secepat mungkin beserta bayaran. Sebarang pertanyaan lanjut sila kemukakan kpd saya.

3. Bayaran bagi separuh tahun 2008 adalah RM24/2 + RM5= RM17.00. Bagaimanapun anda adalah di alu-alukan utk membayar sehingga tahun hadapan(2009) , iaitu 17 + 29 = RM46.00.

4. Ahli-ahli keluarga tanggungan adalah;
· Anak-anak
· Isteri-isteri
· Ibu-bapa
· Ibu-bapa mertua.

5. Insyallah, saya akan aturkan satu taklimat khas berkenaan Khairat Kematian ini yang akan di berikan oleh wakil KKQS. Bila tu? Akan di beritahu kelak.

Nota: Seperti sedia maklum Surau SAM telah pun mendapat pengesahan pendaftaran dari JAIS. Bagaimanapun, saya akan cuba mendapatkan khidmat nasihat dari JAIS, sejauh mana JAIS boleh memainkan peranan bagi mendapatkan ‘concern’ dr Kerajaan Negeri bagi mengwakafkan tapak tanah SAM. Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan akan kerenah birokrasi di masa akan datang. Nampak mcm imposible, we just try, kuasa Allah s.w.t sapa tahu....

wassalam

Yus