Pentadbir Baru Kelas Agama Fardhu Ain @ K.A.F.A

Sdr Kamal Ismail
Setelah perlantikan Sdr Yusmanie menjadi Pengerusi Surau Al-Muhajirin yg baru, jawatan Pentadbir Kelas Agama dan Fardhu Ain atau KAFA telah diserahkan kpd Sdr Kamal Ismail. Penyerahan tugas telah dilakukan secara rasminya pada Ahad 22hb Jun 2008.
Selepas ini segala urusan KAFA akan dilakukan oleh Sdr Kamal dan sekiranya ada masalah atau pertanyaan mengenai pembelajaran atau permasalahan anak2 semasa sesi pengajian dijalankan bolehlah berhubung dengan Sdr Kamal.
Sdr Kamal akan bekerjasama dgn tenaga pengajar KAFA, Ustaz Daud untuk memastikan pengurusan pembelajaran anak2 kariah PUJ1 berjalan seperti biasa dan lancar.