Ceramah Bulanan - 9Jun'08

Kariah Surau Al-Muhajirin sungguh berbesar hati menerima kunjungan Ustaz Radhi Abdul Hamid dr Alor Setar Kedah pd 9 Jun '08. Beliau merupakan Imam di Masjid Zahir Alor Setar yg dulunya merupakan seorang penyanyi rock dr kumpulan 'Melissa' yg cukup popular dgn lagu Cinta Untuk Nabila.

Majlis dimulakan dgn bacaan Ummul Kitab - Al Fatihah dgn dipengerusikan oleh Sdr Zainuilkhan. Ustaz Radhi membawa tajuk ceramah "Islam Penyelesai Segala Masalah (Akidah)".
Gaya penyampaian Ustaz Radhi yg lain dari yg lain dapat menarik perhatian para hadirin yg hadir hinggakan tuan pengerusi majlis juga terpukau.
Para Jemaah surau sempat bergambar kenang-kenangan dengan Ustaz Radhi. Semoga di lain masa Ustaz Radhi dpt menyampaikan lagi ilmu-ilmu sebagai santapan rohani untuk jemaah-jemaah kariah Surau Al-Muhajirin. Terima kasih daun keladi!!