Curahan Hati Ikhlas dr Pengerusi Baru

Assalamualaikum,

Tatakala amanah di serahkan kpd empunya diri, saya terima perlantikkan ini atas dasar menghormati kepercayaan sahabat2 kariah di SAM. Saya kena anggap ini sebagai satu proses biasa untuk pemimpin datang dan pergi, kerana saya percaya kejayaan bagi mana-mana surau pun adalah tidak terletak pada seseorang individu sahaja tetapi sebaliknya terletak pada sejauh mana kualiti yang perlu ada pada diri Pengerusi dan juga Kariah di bawahnya.
Terima kasih kpd saudara A.Wahi di atas khidmat dan sumbangan yang terlalu banyak untuk disebutkan (..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan) dan tak lupa juga kepada semua barisan AJK terdahulu.

Akhirkata,

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Wassalam

Yusmanie
17, PUJ 1/11