Aktiviti SAM di hari-hari terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita terus di beri kekuatan dan kesempatan untuk menjalani ibadah di hari-hari terakhir Ramadhan. Syabas dan teruskan istiqamah anda untuk sama-sama merebut peluang ini seterusnya mengimarahkan surau kita, insyallah. Berikut adalah aktiviti-aktiviti terakhir yang sempat pihak SAM aturkan:

1. Tazkirah Oleh Ustaz Miftah (JAWI), pada: 24.9.08 (Rabu) - Merupakan jemputan kali ke-2 dr pihak SAM, semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.

2. Tahlil Arwah 4, pada 25.9.08 (Khamis) - Kepada semua ahli Qaryah, pihak SAM mengalu-alukan penyertaan terakhir bagi Majlis Tahlil Arwah ini. (Serahkan borang kepada mana-mana AJK SAM).

3. Majlis Khatam Al-Quraan, pada 25.9.08 (Khamis) - Majlis akan diadakan setelah selesai solat sunat tarawih. Majlis akan dipimpin oleh Ustaz Daud Al-Fatani.

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.

Wassalam

Yus

Mencari Lailatul Qadar

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5).Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Begitu juga dengan kariah Surau Al-Muhajirin, usaha mencari Lailatul Qadar turut dilaksanakan dengan melaui program Qiamullail. Alhamdullilah program Qiamullail kita Berjaya dilaksanakan dua pagi berturut-turut (20 dan 21 Sepetember) yang lalu. Biar kehadiran agak kecil namum kesungguhan ahli kariah yang hadir membuktikan Surau Al-Muhajirin semakin mendapat tempat di hati semua orang.

Pagi pertama (20/9) program Qiamullail dipimpin Ustaz Abu Hisham Al- Besuty. Dimulai dengan sembahyang sunat Tahajjud lapan rakaat dan diakhiri dengan tazkirah selepas sembahyang subuh berjemaah. Juadah sahur juga turut disediakan.

Pagi kedua (21/9) program Qiamullail dipimpin pula Ustaz Zamri Qiamullail kali ini diisi dengan sembahyang sunat Tahajjud, sunat Taubat dan sunat Hajat. Ustaz Zamri juga tidak ketinggalan menyampaikan tazkirahnya yang menyentuh kelebihan Lailatul Qadar. Bahagian yang paling meriah sudah pasti menikmati juadah sahur. Sekali lagi terima kasih buat saudara Kamal yang menyediakan jamuan sahur yang cukup enak.

Apa pun usaha kita mencari Lailatul Qadar tidak seharusnya terhenti disini. Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu Lailatul Qadar, satu malam yang penuh misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan olah Allah dan kita berada di dalam golongan orang yang beriman.

Tazkirah Ramadhan

Keutamaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan

Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sangat istimewa dibandingkan hari-hari lain. Pada hari-hari tersebut , Nabi s.a.w bersungguh-sungguh dan memperbanyakkan ibadah. Dalam kitab Sahih Muslim disebutkan sebuah riwayat dari ‘Aisyah r.a bahawa Nabi s.a.w bersungguh-sungguh dalam beribadah disepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Dalam kitab Sahih Bukhari Muslim juga disebutkan bahawa ‘ Aisyah berkata:
“Ketika memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan Nabi s.a.w mengencangkan kain sarungnya, menghidupkan waktu malamnya da membangunkan keluarganya” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad, ‘Aisyah berkata:
“Nabi s.a.w mengisi waktu dua puluh hari pertama dengan solat dan tidur, tetapi jika telah memasuki sepuluh hari terakhir beliau pun bersungguh-sungguh dan mengencangkan kain sarungnya” (hadith riwayat Ahmad)

Pada sepuluh hari terakhir ini Nabi s.a.w bersungguh-sungguh dengan kesungguhan yang lebih besar daripada kesungguhannya pada malam-malam atau hari-hari yang lain, dengan mengerjakan solat, membaca Al-Quran, berzikir, mengeluarkan sedekah dan sebagainya. Pada saat-saat tersebut, Nabi s.a.w mengencangkan kain sarungnya, yakni menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya dan menghabiskan semua waktunya untuk solat dan berzikir. Selain itu, Nabi s.a.w. juga menghidupkan waktu malamnya dengan melakukan Qiamul Lail, membaca Al-Quran dan berzikir baik dengan hari, lidah mahupun dengan anggota badan yang lain. Semua itu dilakukan oleh Nabi s.a.w kerana kemuliaan malam-malam tersebut, kerana di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar, iaitu suatu malam jika seseorang menghidupkannya dengan penuh keimanan dan dengan penuh pengharapan, maka Allah T’ala akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu.

Nabi s.a.w menghidupkan seluruh malamnya dengan beibadah kepada Tuhannya baik dengan zikir, membaca Al-Quran, mengerjakan solat, melakukan persiapan sebelum solat, makan sahur dan sebagainya.

Diantara sikap Nabi s.a.w yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan adalah Nabi s.a.w selalu membangunkan keluarganya pada malam-malam tersebut untuk mengerjakan solat dan berzikir. Ini dimaksudkan agar mereka mengisi malam-malam itu dengan melakukan ibadah-ibadah yang baik. Sebab malam-malam tersebut merupakan peluang emas yang Allah Ta’ala kurniakan. Ketahuilah bahawa malam-malam itu merupakan malam-malam yang jumlahnya sedikit dan terbatas. Pada malam-malam itu, dapat jadi seseorang yang akan menemukan salah satu kurnia atau pemberian dari Tuhannya. Kurnia itu akan menjadi kebahagian baginya baik di dunia mahupun di akhirat.

Nabi s.a.w selalu melakukan I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam kita sahih Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa ‘Aisyah berkata:

“Nabi s.a.w selalu beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isterinya juga selalu beri’tikaf pada hari-hari itu setelah Baginda wafat” (hadith Bukhari dan Muslim)

I’tikaf bermaksud upaya untuk selalu berada di masjid dengan tujuan menfokuskan diri dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah Ta’ala. I’tkaf merupakan salah satu sunnah yang telah ditetapkan dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulnya.

“Jangan kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa” (Surah Al-Baqarah : ayat 187)

Petikan : Hikmah dan Madrasah Ramadhan – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Qiamullail Ramadhan - 14.9.08

Kepada semua ahli Kariah SAM, majlis Qiamulail akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 14.9.08 (Ahad)
Masa : 3.30am hingga 7.30am.
Pimpinan : Ust. Abu Hisham Al Besuty

Agenda :

Selepas Taddarus lebih kurang 11.30pm (13.9.08) : Tidur di surau bramai-ramai.
3.30am ~ 5.00am : Solat sunat tahajjud, taubat, hajat, Zikir & munajat.
5.00am ~ 6.00am : Berhenti rehat untuk bersahur.
6.00am ~ 6.30am : Solat Suboh.
6.30am ~ 7.30am : Kuliah Suboh.
7.30am : Bersurai.

Semua kaum muslimin adalah di jemput untuk sama-sama ber qiamulail, disamping meningkatkan ibadah kita dibulan yang penuh keberkatan ini mudah-mudahan ukhuwah sesama kita akan terus segar dan kuat, insyallah.

Sila ambil perhatian berikut:
1. Tidur di Surau: Adalah di galakan terutamanya pada semua AJK SAM, bagaimanapun kpd yang ingin tidur di rumah, harap jangan miss untuk sertai qiamulail ini.
2. Bersahur : Makanan akan disediakan oleh pihak surau, oleh Abg Kam kita (Nasi lemak panas..katanya) . Bagaimanapun, tuan2 boleh juga pesan kat org umah untuk masakkan lauk favourite tuan2 dan bawa ke surau.

Sekian untuk makluman,

Wassalam
Yus

Malam Ramadhan diisi lagi....

Surau Al Muhajirin terus diisi oleh Majlis Ilmu buat semua ahli kariah. Kali ini Ustaz Miftah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) yg sudi dtg pd mlm Khamis (10/9) yg baru lalu.
Beliau menerangkan tentang fadhilat yang terdapat di bulan Ramadhan yang kini melepasi fasa sepuluh yang pertama. Ramadhan sebagaimana yang diketahui terbahagi kepada tiga fasa yang cukup istimewa iaitu bagi mereka yang berpuasa pada sepuluh hari pertamanya dipenuhi dengan Rahmat Allah. Manakala pada sepuluh kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan sepuluh terakhir merupakan pembebasan daripada siksa api neraka.
Justeru sama-sama lah kita berusaha mencari dan mendapatkan segala fadhilat yang yang disediakan ketika Ramadhan ini. Kehadiran juga tidak menghampakan.

Program Ramadhan Minggu Ini (Terkini)

Salam Ramadhan,

Sila ambil perhatian Program/Aktiviti SAM minggu ini:

1. Malam ini (10.9.08) Tazkirah 4 oleh Ust Miftah dr JAWI.

2. Mlm esok (11.9.08) diadakan tahlil ke-2 slps solat Isyak; dan Tazkirah 5 oleh Ust Abu Sham Al Besuty (MPI).

3. Tazkirah 6 oleh Ust Zulkeflee (Pendakwah dr. Yan Kedah) pada 13.9.08 (Sabtu)

4. Penuhi mlm2 ramadhan kita dengan seberapa banyak ibadah, dan bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk melaksanakan Rukun Islam ini. Bagi tujuan tsbt Majlis Qiamulail 1 akan diadakan pada 14.9.08 (Ahad) bermula 4 pagi. Semua AJK dan ahli Qaryah sila dapatkan kekuatan utk hadir (Tidur di Surau); insyallah kita akan cuba arrangekan majlis bersahur.

Selamat Berpuasa, Wassalam

Yus

Pengisian Malam-malam Ramadhan di SAM

Alhamdulillah Ramadhan kini melepasi sepuluh pertama. Apa yang menarik surau Al-Muhajirin semakin meriah. Kedatangan juga amat mengalakkan.
Semalam turut diadakan Tazkirah oleh Ustaz Reza Kamaruddin Al-Banjari. Topik tazkirah, biar santai namum penuh pengertian. Beliau menyentuh peri pentingnya meluangkan sedikit waktu selepas solat sunat tarawih untuk sesi tazkirah.

Tujuannya untuk ingat memperingati antara satu sama lain. Beliau juga menyentuh tentang kebaikan dan fadhilat membaca Al-Quran. Tidak perlu panjang, sekadar yang mampu. Namun perlu diikuti dengan memahami pengertian setiap ayat yang dibaca. Itu lebih penting kerana di dalamanya terkandung seribu satu kisah dan pengajaran untuk direnungi kita semua.
Turut diadakan kaunter membayar zakat. Jadi kepada sesiapa yang ingin membayar zakat juga boleh menghubungi Ustaz Reza
Akhir majlis, jamuan moreh.....
Biarpun muka-muka sama yang menghabiskan moreh tapi kesempatan inilah yang perlu diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara kita. Buat Encik Kamal, kita ucapan terima kasih kerana sentiasa setia menyediakan jamuan moreh. Air teh O Basir tetap No 1.

Surau Berwajah Baru - Gotong Royong

Gotong Royong 31hb Ogos '08 sempena persiapan Ramadhan Al-Mubarak.

Sempena hadirnya Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Muhajirin juga tidak terkecuali mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan dalam surau. Biarpun kehadiran agak mengecewakan namum pada yang hadir diucapkan jutaan terima kasih. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih mendekatkan kita dengan rumah Allah ini.

Surau Al-Muhajirin juga kini lebih berseri dengan papan tanda yang baru dipasang. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari kami Qariah Surau Al-Muhajirin.

Suara Al-Muhajirin (Buletin Pertama Terbit!!)

Dengan rasa bangganya, pihak AJK surau telah berjaya mengeluarkan buletin pertama keluaran 1 Sept '08 utk edaran semua penduduk PUJ1 sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Macam-macam ada cerita dalam buletin....



Kem Ibadah - Nur Lembah Pangsun 9-10 Ogos'08

Melihat perspektif surau dari luar. Itulah antara objektif penganjuran Kem Ibadah, Surau Al-Muhajirin di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat Selangor pd 9 - 10 Ogos yg lalu.
Seramai 23 kariah Surau Al-Muhajirin PUJ1 menyertai kem ibadah sehari ini, satu angka yg cukup membanggakan.


Sdr Yusmani selaku Pengerusi urusetia kem dan diketuai oleh Ustaz Abu Hisham (Penyelaras Program) dan dibantu oleh urusetia2 lain terdiri drpd Zainuilkhan (S/U), M. Wahi (Kem Komanden), Abg Din/Azhari (Keselamatan & Kesihatan) dan Akbal (Kebajikan/Peralatan).

Pembentangan kertas kerja oleh Ust Abu Hisham yg bertajuk "Masjid Penjana Ummah Bertaqwa"
Sesi teambuilding yg menguji kreativiti dan kerjasama di antara kumpulan.

Brainstorming sesama ahli kumpulan sebaik sahaja mendapat tugasan.

Permainan yg unik yg dinamakan Ikatan kasih. Tetapi tidak seorang pun berjaya merungkaikan ikatan itu.
Sesi qiamullail dan kuliah subuh diimami oleh Ust Daud.

Senaman pagi diketuai oleh Abg Kam kita...

Penat beraktiviti, perut musti diisi....
Alhamdullillah, objektif penganjuran kem ibadah kali ini ternyata dapat dicapai dan memberikan keyakinan buat AJK surau utk menganjurkannya lagi di masa hadapan.