Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .
Begitu juga dengan kariah Surau Al-Muhajirin, usaha mencari Lailatul Qadar turut dilaksanakan dengan melaui program Qiamullail. Alhamdullilah program Qiamullail kita Berjaya dilaksanakan dua pagi berturut-turut (20 dan 21 Sepetember) yang lalu. Biar kehadiran agak kecil namum kesungguhan ahli kariah yang hadir membuktikan Surau Al-Muhajirin semakin mendapat tempat di hati semua orang.
Pagi pertama (20/9) program Qiamullail dipimpin Ustaz Abu Hisham Al- Besuty. Dimulai dengan sembahyang sunat Tahajjud lapan rakaat dan diakhiri dengan tazkirah selepas sembahyang subuh berjemaah. Juadah sahur juga turut disediakan.
Pagi kedua (21/9) program Qiamullail dipimpin pula Ustaz Zamri Qiamullail kali ini diisi dengan sembahyang sunat Tahajjud, sunat Taubat dan sunat Hajat. Ustaz Zamri juga tidak ketinggalan menyampaikan tazkirahnya yang menyentuh kelebihan Lailatul Qadar. Bahagian yang paling meriah sudah pasti menikmati juadah sahur. Sekali lagi terima kasih buat saudara Kamal yang menyediakan jamuan sahur yang cukup enak.
Apa pun usaha kita mencari Lailatul Qadar tidak seharusnya terhenti disini. Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu Lailatul Qadar, satu malam yang penuh misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan olah Allah dan kita berada di dalam golongan orang yang beriman.