Ucapan Pengerusi Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013

Assalamualaikum...
1. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih pada yangg hadir dalam mesyuarat kita tempohari. Kepada yang tidak hadir, tentunya mereka ini punya hal-hal yang tak dapat dielakkan. Untuk rekod, mesyuarat malam itu kata wakil Nazir kita Ust.Reza, adalah yang paling pantas dan lancar. Untuk makluman, nama2 AJK lama yg digugurkan adalah kerana ketidakhadiran mereka pada mesyuarat tersebut, bukan kerana mereka tidak lagi diperlukan atau sebagainya, wallahualam.

2. Keduanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada saya, bagi memikul amanah dan tanggungjawab ini, walaupun sebelumnya saya telah membayangkan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mentadbir SAM. Ianya adalah satu cabaran bagi saya.

3. Namun begitu, saya melihat juga ini sebagai ketentuan dari Allah s.w.t, kerana kemampuan saya untuk menjalankan amanah ini amat bergantung kepada masa, keupayaan dan komitmen saya pada urusan yang lain seperti kerjaya dan keluarga. Mudah2an Allah s.w.t sentiasa memberi jalan dan memandu saya dalam mengemudi halatuju SAM.

4. Inshallah, saya akan memanggil satu mesyuarat lagi (tarikh akan diberitahu kemudian) bagi tujuan memperincikan dan memperkemaskan lagi pembentukkan AJK yang baru dilantik, sebelum senarai akhir dikeluarkan. AJK bukan sekadar atas kertas sahaja, tetapi mesti dapat sama-sama memberikan sedikit komitmen bersama-sama dengan pengerusi untuk melancarkan pentadbiran SAM mahupun mengimarahkan SAM.

5. Untuk saya sendiri, saya mengharapkan kepada sahabat semua, terutamanya yang lebih berilmu dan lebih lama makan garam dari saya untuk menegur sebarang kekurangan saya demi kebaikan bersama. AJK surau yang di tubuhkan hanyalah sebagai keperluan kepada pentadbiran yang lebih tersusun, hakikatnya surau adalah sama saja disisi semua ahli kariah untuk beribadat disamping mengeratkan persaudaraan dan menyemai kasih sayang sesama kita.


Wassalam

Yus
(0193870671)