Perutusan dr pengerusi berhubung Baik Pulih Surau

Salam semua, semuga sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya,

Saya ingin merujuk kepada item 3, di bawah (Cadangan Baik Pulih surau dalam mesyuarat tempoh hari) dan sedikit maklumat terkini berkenaan perkara tersebut, sepertimana berikut:

1. Alhamdulillah wang sumbangan sejak daripada tarikh pelancaran sehingga ke hari ini adalah amat menggalakkan. Walaupun ia belum mencapai sasaran, tetapi cukup untuk kita memulakan kerja2 baik pulih.

2. Sehubungan dengan itu, pada minggu lepas kami juga telah pun memulakan untuk mendapatkan beberapa sebutharga dari beberapa pihak dan akan diketahui selewat2nya pada hari jumaat ini (22.5.09).

3. Cadangan awal bagi tujuan memulakan kerja adalah pada bermulanya cuti sekolah pada 29.5.09.

4. Insyallah saya akan memanggil satu mesyuarat AJK surau yg lainnya pd minggu hadapan bagi tujuan tersebut, kerana ia akan melibatkan gangguan kepada aktiviti2 surau dan sebagainya.

5. Kepada semua penderma, hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu dan semuga terus dimurahkan rezeki.

6. Kepada sahabat2 yang komited dengan kerja dan tanggungjawab yang telah dipersetujui untuk mendapatkan sasaran penderma saya bagi pihak SAM amat bangga dengan kamu dan terima kasih diucapkan.

7. Kepada sahabat2 yang akan menderma (kot2 nak tunggu gaji masuk hujung bln nanti), insyallah kalau x sempat nak g bank utk bank in; boleh terus jumpa Sdr Akbal (Bendahari) atau pun terus masuk dalam tabung surau di bawah notice board tu yg sentiasa open 24 hrs (masuk dlm envelope tulis sana utk baik pulih surau). Sedikit sumbangan anda mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada-Nya.

Wassalam

t.k

yus

Ceramah Hari Ibu - Ust Hj Zainal

Pihak Surau Al-Muhajirin amat berbesar hati dengan kehadirin Ust Hj Mohd Zainal Bin Hj Khamis, Imam Masjid As-Salam Bt 12 Puchong yg juga merupakan Penolong Pendaftar Jurunikah. Ustaz yg julung-julung kalinya hadir ke Surau Al-Muhajirin ini telah menyampaikan ceramah beliau yg bertemakan Hari Ibu yakni berkisarkan peranan dan tanggungjawab besar ibu sebagai insan yg melahirkan para2 rasul dan nabi, para2 ulama, para2 cendiakawan, para2 pemikir dan seluruh umat di dunia ini.

Sekiranya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai diri Ustaz Zainal, bolehlah melayari laman web beliau : http://www.albarzahpuchong.com/.

Berikut adalah gambar2 semasa sesi ceramah Ustaz Zainal di Surau Al-Muhajirin.

Ceramah Bulanan sempena Hari Ibu.

اسلام عليكم ورحمةالله

Adalah di maklumkan, sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini, satu pengisian berupa program Ceramah Agama akan diadakan di Surau Al-Muhajirin TPJF1, sepertimana berikut:

· Tajuk Ceramah : Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu.
· Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu).
· Masa : 9.00 mlm (Selepas solat Isyak).
· Penceramah : Ustaz Hj Zainal Bin Hj.Khamis ( Imam dan Jurunikah Masjid As-Salam, Puchong).

Semua kaum muslimin dan muslimat di jemput hadir. Terima Kasih.

Wassalam.

Mesyuarat SAM - 5 Mei 2009M

Salam kepada semua ahli Kariah yang di kasihi,

1. Alhamdulillah, mesyuarat telah dapat diadakan dan berjalan dengan lancar:

2. Kepada yang tidak dapat hadir dan juga untuk memperingati kembali kepada yang hadir, berikut adalah intipati2 penting mesyuarat yang di persetujui bersama:

3. Kerja-kerja Baik Pulih Surau;

Ringkasannya;
a. Permohonan bantuan terhadap badan-badan tertentu, telah pun dibuat dan sedang menunggu maklumbalas.
b. Setiap AJK SAM di minta untuk menghantarkan permohonan sumbangan baik pulih surau pada ‘sasaran potensi’ sekurang-kurangnya satu. Untuk rekod, salinan surat permohonan yang telah ditandatangai oleh Pengerusi SAM, lengkap dengan gambar-gambar kerosakkan surau, pelan cadangan baik pulih surau dan anggaran sebutharga juga telah disediakan dan diedarkan kepada semua AJK pada mesyuarat tersebut (sila rujuk blog utk rujukkan gambar2 dan pelan cadangan).
c. Mesyuarat juga bersetuju, semua AJK SAM menyumbang sebanyak RM50.00 (minimum); Sumbangan boleh di buat terus kepada Bendahari Akbal atau bank in melalui CIMB Bank (No Akaun : 1417-0023706- 05-7).
d. Kepada ahli2 kariah yang lainnya, kutipan sumbangan rumah kerumah akan dilakukan pada hujung bulan ini. Bagi tujuan ini satu banner pemberitahuan akan di buat dalam waktu terdekat.
e. Dateline untuk b, c & d di atas adalah selewat-lewatnya pada hujung 1.6.2009.
f. Dengan mengambilkira bulan ramadhan pd tahun ini yang sudah hampir, pihak SAM menjangkakan jika sumbangan adalah mengalakkan dan mencukupi pada selewat2nya awal June 2009, kerja baik pulih surau secara ‘major’ akan di buat; tetapi jika sumbangan adalah sebaliknya, kerja2 baik pulih secara ‘minor’ sahaja akan hanya dilakukan.
g. Kepada semua ahli kariah, sama-samalah kita menyumbang utk kerja amal ini, mudah-mudahan persediaan membuat ibadat bulan ramadhan di surau kita pada tahun ini akan lebih selesa.

1. Program Surau

a. Bulan May 09 :
Sempena Hari Ibu satu program ceramah akan diadakan di SAM, sepertimana berikut:
· Tajuk : Syurga di bawah tapak kaki ibu (Cadangan)
· Tarikh : 16.5.09 (Sabtu mlm ahad); lepas solat isyak.
· Penceramah : Ustaz Haji Zainal B. Hj Khamis (Dari Masjid Jamek
As-salam, Puchong).

b. Bulan June 09:
Ceramah umum (Details akan di maklumkan kemudian).

c. Bulan July 09
Ceramah Israk Mikraj (details akan dimaklumkan kemudian).

2. Kelas Pengajian Al-Quraan dan Fardhu Ain

Pihak SAM mencadangakan utk mengemaskini kembali Kelas ini, melalui pengambilalihan pentadbiran KAFA daripada pengetua sediada dan ditadbir di bawah SAM sepenuhnya. Bagaimanapun, di sebabkan Sdr Kamal tidak hadir pd mesyuarat ini, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan diadakan dengan Sdr.Kamal (Pengetua).

3. Kebersihan dan Keselamatan SAM

Disebabkan tahap kebersihan SAM masih belum ditahap memuaskan, Mesyuarat telah bersetuju untuk membuat satu Jadual Membersihkan Surau secara tetap yang melibatkan semua AJK surau; Dicadangakan 3 AJK akan bertugas setiap minggu utk membersihkan surau secara giliran.

4. Lain2 Hal

a. Permohonan Bantuan utk anak-anak yatim Kariah PUJ1, Negeri Selangor masih di buka.
b. Sistem Maklumat Info Terkini melalui SMS Terus ke Handphone kepada semua ahli Kariah akan diperkenalkan bagi memudahkan sebarang perjalanan aktiviti, program dan info2 surau dapat dihebahkan secara cepat, tepa dan menyeluruh.


wassalam
yus