Mesyuarat Pertama J/Kuasa Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013






Assalamualaikum,
Sepertimana yang termaktub dalam 'Tatacara Peralihan Pentadbiran Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor' mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa surau hendaklah diadakan dalam tempoh sebulan dari tarikh pemilihan.
Justeru bagi memenuhi tuntutan tersebut satu mesyuarat bagi AJK Surau sesi 2010-2013 telah diadakan di tempat dan tarikh yang berikut:

Tarikh : 27.4.10 (Selasa)
Tempat : Surau Al-Muhajirin.
Antara Agenda Mesyuarat yang telah dibincangkan:
a. Kewangan dan Asset Surau.
b. penukaran Kuasa menandatangani cek oleh Pengerusi Surau, Setiausaha dan
Bendahari.
c. Tugas dan tanggungjawab mengikut portfolio seperti dalam kaedah-kaedah Pegawai
dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor (Pindaan) 2001.
d. Menetapkan jadual mesyuarat Jawatankuasa Surau.
e. Merancang program-program dan aktiviti-aktiviti pengimarahan surau, dan
f. Menetapkan kehadiran Penasihat Surau dalam setiap mesyuarat.
g. Lain-lain hal yang turut dibincangkan termasuklah perlantikan beberapa individu yang akan bertanggungjawab bagi kes khalwat, kes kematian, kenduri, dan kebajikan.

Mesyuarat juga turut membincangkan penubuhan beberapa jawatankuasa baru dan bidang tugas masing-masing.
Berikut Senarai penuh Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013:

Penasihat
M. Wahi Johari
Ustaz Abu Hisham Al-Besuty

Pengerusi
Yusmani Samot

Timbalan Pengerusi
Sheikh Hussein Al-Jabri

Iman 1&2
Ustaz Zamri Kadir
Kamaruddin Wan Hassan

Bilal
Zulkarnain Hassan
Mohd Kamal Ismail
Zairun Saluwi

Siak
Azahari Awaluddin
Mohd Zaini Mohd Yahya

Setiausaha
Zainuilkhan Sahid

Bendahari
Akhbal Nik Mohammed

Pemeriksa Kira-Kira
Adzman Abd. Hamid
BG. Rashid Rusly

Pengurus Jenazah Wanita
Norhafiza Mat Arip
Nur Ayu Anita Jamaluddin

Wakil Pemuda & Informasi
Anuar Idris

Wakil Wanita
Che Dayang Marina

Hal Ehwal Kafa
Mohd Helmi Halifah

Hal Ehwal Aset
Anuar Ghani

Hal Ehwal Penyelenggaraan
Mohd Zamri Zainon

Hal Ehwal Program & Aktiviti
Mohd Affandi Ramlan

Hal Ehwal Jamuan
Jamaluddin Bakar
Mohd Basir Basiron

Bagi pihak AJK Surau Al-Muhajirin mengucapkan tahniah kepada yang dipilih dan selamat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan jujur dan amanah. Sesungguhnya apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada perjuangan menegakkan Agama Islam dan sesungguhnya ia amat disukai oleh Allah s.w.t.
Semoga segala usaha dan komitment saudara semua akan mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah s.w.t. AMIN.

Solat Hajat & Doa Selamat





Alhamdullillah, solat hajat dan doa selamat telah diadakan di rumah saudara Mazlan (35, 1/15) bertujuan memohon kerahmatan dari Allah s.w.t agar saudara Mazlan disembuhkan dari penyakit yang dihidapinya dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.
Solat hajat diimamkan Ustaz Abu Hisham manakala bacaan Surah Yassin dipimpin Ustaz Tajuddin.
Semoga usaha ini diberkati dan diterima Allah s.w.t dan segala yang dihajati dimakhbul olehNya. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha. Terima kasih kepada semua ahli kariah Surau Al-Muhajirin yang turut dan ringan tangan menyumbang.

Sedikit Renungan untuk semua:

Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa : " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
Tidak putus asa dengan takdir Allah
Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaalla)

Al-Fatihah


Untuk makluman, bapa mertua saudara Zureen telah kembali ke Rahmatullah pada 7 April 2010, Rabu di Hospital Serdang. Arwah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam UPM. Bagi seluruh AJK Surau Al-Muhajirin dan ahli kariah mengucapkan tahziah buat keluarga saudara Zureen. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh arwah ditempatkan disisi orang-orang yang mendapati keampunan, rahmat dan ehsan dari Allah s.w.t.
Al-Fatihah....
Namun sebagai peringatan kepada semua, bagi yang belum mendaftar untuk menjadi ahli Kariat Kematian untuk kariah ini, diharap dapat mendaftar dengan segera bagi kemudahan dan keselesaan jika ada kematian. Semua maklumat boleh didapati di Surau Al-Muhajirin.

"اللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِيْ النَّارِ وَعَذَابٍ فِيْ الْقَبْرِ‏"

Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.” - Sekadar renungan dan ingatan buat diri sendiri dan kita semua.

Ucapan Pengerusi Surau Al-Muhajirin sesi 2010-2013

Assalamualaikum...
1. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih pada yangg hadir dalam mesyuarat kita tempohari. Kepada yang tidak hadir, tentunya mereka ini punya hal-hal yang tak dapat dielakkan. Untuk rekod, mesyuarat malam itu kata wakil Nazir kita Ust.Reza, adalah yang paling pantas dan lancar. Untuk makluman, nama2 AJK lama yg digugurkan adalah kerana ketidakhadiran mereka pada mesyuarat tersebut, bukan kerana mereka tidak lagi diperlukan atau sebagainya, wallahualam.

2. Keduanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada saya, bagi memikul amanah dan tanggungjawab ini, walaupun sebelumnya saya telah membayangkan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mentadbir SAM. Ianya adalah satu cabaran bagi saya.

3. Namun begitu, saya melihat juga ini sebagai ketentuan dari Allah s.w.t, kerana kemampuan saya untuk menjalankan amanah ini amat bergantung kepada masa, keupayaan dan komitmen saya pada urusan yang lain seperti kerjaya dan keluarga. Mudah2an Allah s.w.t sentiasa memberi jalan dan memandu saya dalam mengemudi halatuju SAM.

4. Inshallah, saya akan memanggil satu mesyuarat lagi (tarikh akan diberitahu kemudian) bagi tujuan memperincikan dan memperkemaskan lagi pembentukkan AJK yang baru dilantik, sebelum senarai akhir dikeluarkan. AJK bukan sekadar atas kertas sahaja, tetapi mesti dapat sama-sama memberikan sedikit komitmen bersama-sama dengan pengerusi untuk melancarkan pentadbiran SAM mahupun mengimarahkan SAM.

5. Untuk saya sendiri, saya mengharapkan kepada sahabat semua, terutamanya yang lebih berilmu dan lebih lama makan garam dari saya untuk menegur sebarang kekurangan saya demi kebaikan bersama. AJK surau yang di tubuhkan hanyalah sebagai keperluan kepada pentadbiran yang lebih tersusun, hakikatnya surau adalah sama saja disisi semua ahli kariah untuk beribadat disamping mengeratkan persaudaraan dan menyemai kasih sayang sesama kita.


Wassalam

Yus
(0193870671)

Lagi sekitar pemilihan AJK Surau Al-Muhajirin






Hidangan kambing panggang...yang terbaik. Bole buat lagi...
Terima kasih kepada semua yang hadir.

Sekitar Pemilihan AJK baru Surau Al-Muhajirin





Mesyuarat Agong dan sesi pemilihan yang dianggap paling lancar dan pantas. Ini membuktikan kesepakatan dalam kariah PUJ1. Teruskan tradisi ini dan terus memakmurkan surau kita. Tapi yang paling best....kambing panggang. Mungkin mesyuarat begitu pantas kerana hambatan kambing panggang. Apa pun terima kasih kepada AJK yang bertanggungjawab menyediakan jamuan untuk malam tersebut. Lain kali bole buat lagi...

Senarai Kepimpinan Surau Al-Muhajirin Sesi 2010-2013

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Surau Al-Muhajirin terus di rahmatiNya. Meneruskan kesinambungan pentadbiran yang dilihat cukup teratur sesi pemilihan AJK baru Surau Al-Muhajirin juga berjalan dengan lancar sekali. Mesyuarat telah diadakan pada 30 Mac 2010 (Selasa).
Atas kepercayaan terhadap kemampuan pimpinan terdahulu Mesyuarat Agung Tahunan untuk sesi 2010-2013 telah sebulat suara memilih barisan pimpinan sesi yang lalu untuk terus kekal menerajui dan menguruskan Surau Al-Muhajirin. Ia dicadangkan oleh Pengerusi PPJP1, Saudara Wahi dan mendapat sokongan penuh semua ahli kariah.
Berikut senarai pentadbiran tertinggi Surau Al-Muhajirin Sesi 2010-2013:

Pengerusi : Sdr Yusmani B. Samot (dikekalkan)
Imam : Ust Zamri B. Ab Kadir (dikekalkan)
Bilal : Sdr Mohd Kamal B. Ismail (dikekalkan)
Siak : Sdr Azhari B. Awaluddin (dikekalkan)

14 orng AJK
1) Sdr Zainuilkhan B. Sahid
2) Sdr Akbal B. Nik Mohammad
3) Sdr Anuar B. Abd Ghani
4) Sdr B.G Rashid B. Rusly
5) Sdr Basir B. Basiron
6) Sdr Anuar B. Idris
7) Sdr Mohamad Helmi B. Halifah
8) Sdr Jamaluddin B. Abu Bakar
9) Sdr Mohamad Affandi B. Ramlan
10) Sdr Kamaruddin B. Wan Hassan
11) Sdr Zulkarnain B. Hassan
12) Pn Che Dayang Marina
13) Pn Nurayu Anita
14) Pn Norhafiza Bt. Mat Arif

Mesyuarat dikendalikan wakil JAIS, Ustaz Reza. Turut hadir Penasihat Surau Al-Muhajirin, Ustaz Abu Hisham dan Pentadbir KAFA Al-Muhajirin, Ustaz Daud. Pemilihan Jawatankuasa kecil akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Semoga Surau Al-Muhajirin akan terus diberkati dan di rahmati. Insyaallah.