Catitan ringkas dr Kuliah Rabu - 28Jan'09

Catitan ringkas dr sahabat kariah kita, sdr Sheikh utk bacaan semua. Terima kasih atas perkongsian ini.

Kisah Dakwah Nabi Noh

Salam..

Malam tadi hujan lebat,, kulaih Ust Mad carry on gak,,

Lesson pasal;

1. Dakwah
Wajib kita berdakwah,, ~Sampaikanlah walau sepotong ayat`
Sejarah.. Dari dulu lagi orang dah benci pendakwah..
Kat Malaysia dulu pasal `` org dakwah,, org dakwah...
Niat dia/mereka baik,, maybe cara dia bawa kurang tepat..
Should check dulu below;;;
What, Who, Whom, Where & When, untuk berdakwah...
Nowdays kalau siapa belajau marleting ada 5W,,
Sedangkan cara berdakwah dah start since Zaman nabi noh lagi..

2. Sejarah Nabi Noh..
Allah perintah buat kapal & ramai menentang,, dikata Nabi Noh giler
& macam macam,, ,, Anak & isteri dia pun mati gak..

3. Al Mala..
Ni pasal pemerintah & pembesaryang banyak diceritakan dalam
Al Quraan Bukan Malaun, tapi lebih kurang camthu...
Al Mala boleh jadi dr golongan kerajaan, ketua kampung, daerah,
Sejarah Nabi Nabi ada yang terpaksa mementang golongan nie,
macam, Nabi ibrahim, Nabi Musa, lawan firaun & ada juga nabi yang
memnag jadi pemerintah macam nabi sulaiman, so senang dia
pengaruh kerajaan puteri balkish memeluk islam..

Walhuallaam..

Dari blog Ust Abu Hisham....

Yahudi Tidak Kalah

Assalamualaikum....

Surat khabar hari ini melaporkan Yahudi sudah berundur dari Gaza. Umat Islam bersyukur kepada Allah dengan pengunduran tersebut. Apalah maknanya pengunduran tentera Zionis setelah ribuan umat Islam Palestin dibunuh sewenang-wenangnya. Mereka sebenarnya tidak pernah rasa bersalah kerana membunuh orang Islam. Bahkan bangga melakukannya. Percayalah... Selepas pengunduran ini,umat Islam pun kembali reda mengutuk Israel. Beginilah nasib saudara kita di Palestin, ketika Zionis mengganas, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kecaman dan boikot terhadap Israel. Lihat sahaja semasa umat Islam disembelih di Shabra dan Shatila sekitar 1983, serangan terhadap Lebanon dan bermacam kesulitan serta mehnah kepada Palestin,umat Islam seluruh dunia hanya mengecam dan mengecam dan mengecam... tapi tidak pernah mahu berubah dari kehidupan yang diredhai Yahudi kepada Kehidupan Islam yang sebenar. Selagi umat Islam masih meniru gaya hidup mereka selagi itulah mereka tidak pernah gerun dengan kita. Lantaran kita sebenarnya mati. Mati Iman, mati Ilmu, Mati Akhlak dan Mati Amal Islamiy. Rujuklah al-Quran dan al-sunnah (nanti dalam tulisan akan datang,saya akan ulas tentang sejarah yahudi insyaAllah), nescaya kita dapat melihat tembelang yahudi dalam memporak-perandakan umat Islam yang mulia.


Ust Hj Abu Hisham B Yusof Al-Besuty
http://al-besuty.blogspot.com/

Penambah-baikkan Surau - update.

Pada malam Selasa 13Jan yg lepas, saya bersama sdr.Wahi & Abg Din, telah membuat satu pertemuan dengan Penderma Hamba Allah bagi tujuan penambahbaikan surau SAM. Alhamdulillah, perbincangan tsbt begitu positif. Utk makluman kariah semua, persetujuan yang telah diperolehi adalah sepertimana berikut.

a. Pembaikkan bumbung bocor.

b. Menaikkan bumbung belakang.

c. Menukar ceiling yang rosak akibat bocor.

d. Menukar ‘window louvres’ kpd ‘swing type’.

e. Lantai akan di tukar kpd tiles.

f. Memecahkan dinding surau bagi tujuan sedikit extension bagi membesarkan kawasan surau.

g. Cat semula.

Bagi tujuan tsbt, insyallah ana akan makluman satu pertemuan dgn AJK surau utk diadakan dlm waktu terdekat ini bagi perbincangan lanjut kerana ianya akan melibatkan kelas pengajian Al-Quraan & Fardhu Ain anak-anak kita di surau di samping aktiviti2 harian surau juga akan terganggu. Buat masa ini, kami akan buat sedikit estimate costings disamping mengadakan perbincangan dengan sdr jeff iran terlebih dahulu bagi tujuan mengenalpasti rekabentuk ‘as built structure’.

Tentatively bila nak start? : Insyallah pada awal February 2009.

Wassalam,

Yus.

Beberapa Perkara dr Tn Pengerusi

Assalamualaikum w.b.t....

2-3 perkara tlh dibincangkan dlm mesyuarat diantara Pegawai & AJK Masjid Jamik Qaryah Serdang yg diadakan pd Selasa 14Jan yg lalu.

1.1 Permohonan Pengazetan tapak surau di Pejabat Agama (Wakaf Surau).. Saya akan cuba luangkan masa utk berhubung dgn org2 yang berkaitan dengan bagaimanakah kita boleh mengazetan surau SAM ini. Banyak isu di sebalik status tapak surau Al-Muhajirin. Bagaimana pun sy mengalu-alukan kpd tuan2 yg punya access utk tujuan tsbt.

1.2 Kursus Jenazah (Lelaki/Perempuan) akan di adakan sepertimana berikut:

Tarikh : 14 Feb 09.
Masa : 8pg ~ 4ptg
Tempat : Masjid UPM
Moderator : En. Sapuan B. Md Nayan (Ketua Pemandian Jenazah semasa kemangkatan Almahrum Sultan Selangor Sultan Sallahddin).
Bayaran : Percuma.

Sesiapa yang berminat boleh hantar nama atau dtg terus pada hari tersebut.


Wassalam,

Yus.

Kuliah Rabu Oleh Ustaz Mohammed - Kongsi Ilmu

Sedikit perkongsian kuliah rabu tempoh hari yg disediakan oleh Sdr Sheikh, Timb. Pengerusi.

Few to share after kuliah malam tadi wt Ustaz Mad

Dia ni humble & knowledgeable.
Cerita zaman nabi dia relate wt current issues

He story us on 10th Muharram @As Syura'

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab
Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan
Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan
Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan
hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan
Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat
Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit

Wallahualam,,

Kuliah Rabu Jan 14.


Terima Kasih kpd Sdr Sheikh atas catitan ringkas ini.

Belajar dr pokok PISANG...

Pokok pisang, kita tentu mengetahui pokok tersebut, kerena pokok tersebut sangat mudah didapati di setiap sudut kebun bahkan pekarangan rumah. Ada banyak jenis atau nama dari pokok pisang, ada pisang raja, pisang emas, dan lain sebagainya. Akan tetapi apapun jenisnya nama induknya tetap pokok pisang.

Cuba perhatikan setiap pokok pisang dan amati satu batang pokok pisang saja. Pokok pisang tersebut hidupnya hanya sekali dan sangat singkat sekali antara 3 sampai 6 bulan, lain halnya dengan pokok-pokok yang lain, misalnya mangga bisa sampai bertahun-tahun dan berbuah setiap musim. Dan pokok pisang hanya berbuah satu kali saja, sangat jarang ada pokok pisang yang berbuah berkali-kali atau tidak berbuah sama sekali, kalaupun ada rasanya sampai saat ini belum pernah mendengarnya.

Pokok pisang berbuah hanya sekali tetapi dapat melahirkan generasi-generasi yang lebih berkualiti. Pokok tersebut hidupnya singkat dan sekali saja, tetapi dapat memberikan manfa’at yang luar biasa sesuai dengan jenisnya, ertinya bila pokok pisang tersebut ditakdirkan untuk menjadi pokok pisang raja, maka pisang rajalah yang diberikannya, bila pokok pisang emas, maka pisang emaslah yang disajikannya. Tetapi ternyata tidak hanya buahnya saja yang dapat dinikmati, daunnya juga dapat bermanfa’at, bagi ibu-ibu yang hobi masak-memasak atau buat kuih, tentu paling tahu kegunaannya.

Begitulah hidup manusia di dunia ini, sangat singkat dan sekali saja, tidak ada manusia yang hidupnya dua kali atau umurnya sampai melampui batas generasi, paling panjang umurnya hanya 100 tahunan itu pun beberapa manusia saja, dan sudah termasuk kategori manusia lanjut umur. Maka belajar dari pokok pisang sangatlah arif dan bijaksana dalam menjalani hidup yang hanya sekali dan singkat ini. Jadilah manusia yang bermanfa’at sesuai dengan keupayannya, “sebaik-baik manusia yang paling bermanfa’at” (Al-Hadits). Insya-Allah.

dipetik dr Masjid Raya Batam, Indonesia.

Allah Selamatkan Kamu... Allah Selamatkan Kamu...

Allah Selamatkan Kamu......
Allah Selamatkan Kamu......
Allah Selamatkan Tuan 'Haji' Din....
Allah Selamatkan Kamu......

Julung-julung kalinya, satu majlis sambutan hari lahir diadakan di surau sempena mengingati tarikh lahir Abg Din kita yg juga Imam II Surau Al-Muhajirin. Majlis yg diadakan secara mengejut ini selepas Isyak pd 23 Dec 2008 yg lepas telah memberikan suasana terharu kpd yg empunya badan yakni birthday boy kita, Abg Din. Doa dari semua AJK SAM dan Jemaah SAM semoga Abg Din di panjangkan umur, murah rezeki dan semangat kuat utk sentiasa memberikan sumbangan kpd Surau Al-Muhajirin.

Birthday Boy dengan senyuman manisnya walaupun hatinya sebak mengenangkan sambutan yg tdk dijangkakan.

Mengikut sumber tdk rasmi, sambutan hari lahir kali ini adalah yg ke-25 buat Abg Din. :-)
Di usia semuda ini haruslaa kuat Abg Din kita nie....

Birthday boy memotong kek sambil menitiskan airmata... hehe.

Birthday boy menjamu selera.

Antara bukan birthday boy yg hadir memeriahkan birthday boy.

Bilalah birthday aku pulak???

Sambutan Maal Hijrah 1430H

Pd tahun ini, pihak SAM tidak ketinggalan utk mengadakan ceramah sempena menyambut Maal Hijrah spt tahun2 yg sudah. Sambutan kali ini dgn bangganya pihak SAM dpt menjemput Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz.


Banner-banner yg direntangkan utk pemberitahuan umum sambutan Maal Hijrah di Surau Al-Muhajirin (SAM).

Majlis yg dimulakan agak terlewat ini telah di pengerusikan oleh Ust Zamri.

Serba sedikit mengenai Ust Farhan. Beliau dahulunya merupakan seorang Kristian yg bernama Paster Yohanes. Anak kpd seorang Ketua Paderi ini telah menjalani latihan ketua mubaligh Kristian selama 2 tahun dan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian.

Beliau memeluk Islam pd 26 Feb 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau Sabah apabila mula tertarik dgn Islam semasa menuntut di UiTM Sabah. Selepas itu beliau mempelajari mengenai Islam di Perkim dan seterusnya menjadi Al-Hafiz sebelum melanjutkan pengajiannya di Al-Azhar Mesir. Dan kini beliau bergiat aktif menguruskan pusat tahfiz dan disamping itu menjadi pendakwah bebas menyampaikan maklumat tentang gerakan kristianisasi masakini yg cukup membimbangkan.
Sebahagian jemaah Puj1 dan juga jemaah dari kawasan sekitar PUJ yg sabar menunggu kehadiran Ust Farhan yg agak terlewat pd mlm itu. Majlis sepatutnya dijalankan selepas Isyak, ttp dimulakan pd jam 9.30mlm.
Para muslimat juga tdk ketinggalan mendengar ceramah oleh Ust Farhan.

Sesi beramah mesra dan bertukar-tukar maklumat menjadikan ukhwah semakin erat sesama kita. Harapan dari semua jemaah SAM amnya dan AJK surau khususnya dapatlah Ust Farhan meluangkan masa lagi di lain kali utk menyampaikan dakwah beliau dan maklumat2 penting mengenai ajaran Islam di Surau Al-Muhajirin. Insya-Allah.

Keperihatinan Utk Semua Jemaah SAM

Cegah Sebelum Terkena !!

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyaki t ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya ·
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(dihantar oleh Sdr Azhari Awaludin melalui emel)

Snippets dr pengerusi di awal tahun 1430H.

Salam,

1. Untuk makluman, ceramah Maal Hijrah oleh Ust Kol Jamil Khir Baharom sepertimana yang ingin dirancangkan sebelum ini tidak dapat diadakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun satu tarikh lain sedang dalam perbincangan.

2. Alhamdulillah, Borang Pendaftaran Anak Kariah SAM telah selamat di hantar ke Pejabat Kariah Masjid UPM semalam. Seramai 17 respondents kesemuanya (Abg Din, Ust Zamri, Yus, Helmi, Azahari, Kamal, Norisam, B.G Rashid, Naser, Jamaluddin, Sharani, Wahi, Abg Man, Annuar Idris, Akbal, Zaini & Abg Annuar Ghani). Those yg belum berbuat demikian sila berhubung dgn S/U Ann @ 0122139431.

3. Terima kasih pd organiser dan semua yang join makan2 di surau hari sabtu lepas. Sekurang2 nya dpt kenal individu2 baru di taman kita disamping wujudkan suasana mesra sesama kita. Yg x dpt join, lain kali kita buat lagi... kr. ianya lebih baik dr tdk berbuat apa2 langsung.... Ada yg x setuju dan ingin komen..! tdk mengapa, asalkan utk kebaikan bersama.

4. Gate Surau: This contractor promised me within 1 week bole siap, skrg dah masuk 3 minggu... Alasan, pekerja cuti la.., tinggal ckit lagi la.., tinggal cat saje la.... urus anak skolah la....last2 cal terus x jawab... Akhirnya smlm dpt juga ckp ngan dia, janji hari ini akan pasang.. so we wait n see. Lesson learned: So typical malay contractor but not all.

5. Cepat betul masa berlalu, tahun ni tambah usia kita 1 tahun lagi.... singkat rupanya hidup ni..... x tahu esok lusa apa berlaku.... recently banyak accident berlaku sana sini, jenayah sana sini...... apa2 pun syukur kpd-Nya kr masih sihat utk menjalani ibadah utk-Nya.


wasallam

yus