Khairat Kematian Qaryah Serdang (KKQS)

Risalah 1

Risalah 2
Borang Permohonan

Taklimat Khairat Kematian di SAM - 14Ogos'08

Assalamualaikum. ..

Alhamdulillah taklimat telah berjalan dengan baik dan terima kasih kepada yg hadir.
Perkara : Taklimat Khairat Kematian
Oleh : Tuan Hj. Abrar (Timb. Setiausaha KKQS).
Tarikh : 14 August 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 mlm (Selepas Isyak)

Ada 5 perkara untuk makluman:
1. Bayaran sehingga Disember 2009 ialah RM39.00 shj (Aug ~ Dis 2008 = RM10.00 & Tahun 2009 = RM29.00)
2. Sebanyak 18 orang telah mendaftar sehingga malam tadi (sila lihat 'attached'). Bagaimanapun kepada yg bayar utk pendaftaran tahun 2009, saya cadangkan anda tambah lg RM10.00 dan boleh cover utk tahun ini, 2008.
3. Kepada yg belum dan telah menyuarakan hasrat utk mendaftar sila berbuat demikian secepat mungkin. Ada sedikit maklumat dari risalah yg diberikan sbg rujukan.
4. Sebagai record, wang baki dari pendaftaran tuan2 akan saya infak kan ke surau.
5. Insyallah kesemua borang yang ada ditangan saya akan dihantar ke KKQS pd hari Isnin (18.8.08). Kepada yang ingin serah borang dlm 1~2 hari ini, sila serahkan borang anda kpd Sdr Zainuilkhan (0122139431, PUJ 1/10).
Wasalam T. Kasih

Yus

Program Nisfu Syaaban

Assalamualaikum, terima kasih sdr Naza dan sedikit bahan untuk di kongsi berkenaan 'Nisfu Syaaban'. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban (Sabtu, 16 August). Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki”

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Solat sunat Nisfu Syaaban .
2. Membaca yasin selepas solat maghrib.
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya – 15 Syaaban; Ahad, 17 August).

Saya dengan ini menyeru kepada sahabat2 di Qaryah SAM untuk sama2 menjalankan ibadah Nisfu Syaaban di surau kita (Al-Muhajirin) pada 16 Aug 08 (Sabtu). Insyallah selepas solat maghrib kita akan sama2 adakan solat sunat nisfu syaaban di ikuti bacaan yasin, beristighfar dan bertahlil. Bagi tujuan ini saya telah pun mendapat pengesahan dari Ustaz Zamri (Imam 1) dan juga Ust. Abu.Hisyam dan beliau insyallah punya kelapangan untuk bersama2 kita pada malam tersebut.

Wassalam
Yus

Ust Daud Che' Ngah di Al-Muhajirin

Pihak Surau Al-Muhajirin amat berbesar hati dgn kehadiran Ust Dato' Hj Dauh Che' Ngah yg sudi utk menyampaikan ceramah agama beliau sempena sambutan Israk Mikraj pd 31Jul'08. Tajuk ceramah yg disampaikan beliau ialah "Mencari Kekuatan Islam dlm Peristiwa Israk Mikraj".


Ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Daud yg senantiasa menarek minat para hadirin yg mendengarnya.

Ustaz Abu Hisham mempengerusikan majlis ceramah pd mlm itu.


Orang-orang kuat Taman Puncak Jalil. Ketua Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil, En Zainuddin, dapat meluangkan masa mendengar ceramah Ustaz Daud.

Kariah yg sebahagian besarnya dr PUJ 1 memenuhi segenap ruang surau.

Dianggarkan seramai lebih 80 org hadir pd mlm itu. Satu rekod jumlah yg plg ramai pernah diadakan di Surau Al-Muhajirin.

Terima Kasih Daun Keladi, Ustaz. Lain hari datanglah lagi.....

Aktiviti Minggu Ini di PUJ 1

Khamis - 7hb Ogos 2008
Buka Puasa di Surau Al-Muhajirin
sempena Puasa Sunat Syaaban.
seterusnya...
Majlis Tahlil di Surau,
Selepas Isyak atau Selepas Mengaji
(Hajat dr Sdr Wahi)

Jumaat (mlm Sabtu) - 8hb Ogos 2008
Majlis Tahlil selepas Isyak.
Di rumah Jepp Iran.


Harap maklum dgn pengumuman2 ini. Semua kariah SAM dijemput hadir.

Tazkirah Jumaat - part VI (1 Ogos '08)

Dari Al Harits ibnu Suwaid dari Abdullah berkata:

"Rasulullah saw bersabda: "Siapakah di antara kamu yang lebih mencintai harta pewarisnya dari pada hartanya sendiri?" Jawab mereka: "Tiada seorangpun dari kami, melainkan ia lebih mencintai hartanya sendiri dari pada harta pewarisnya". Sabda beliau: "Ketahuilah, sesungguhnya tiada seorangpun dari kamu, melainkan ia lebih mencintai harta pewarisnya dari pada hartanya sendiri. Hartamu ialah yang telah kamu belanjakan, sedangkan harta pewarismu ialah yang masih kamu simpan."

dipetik dr Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 3 (Hadis Nombor 3469)

Gotong Royong Menaikkan Leadsign (Sabtu -26Jul'08)

Kariah Surau Al-Muhajirin kini boleh berbangga dengan tertegaknya leadsign Surau Al-Muhajirin yg telah dipasang pd sesi gotong-royong pd Sabtu 26Jul'08 yg baru lalu. Dengan adanya leadsign ini dptlah penduduk setempat mengetahui akan kewujudan Surau Al-Muhajirin.







Kepada yg bertungkus lumus menaikkan leadsign semasa sesi gotong-royong tempoh hari, jutaan terima kasih dr pihak surau. Hanya Allah Ta'ala sahaja yg dpt membalas jasa baik tuan-tuan kalian.