Berpuasa Di Bulan Rejab

  • Rejab bulan menabur benih
  • Sya'ban bulan menyiram tanaman
  • Ramadan bulan menuai

  • Rejab menyuci badannya
  • Sya'ban menyucikan hati
  • Ramadan menyucikan rohnya

  • Rejab bulan marghfirah
  • Sya'ban bulan syafaat
  • Ramadan bulan menggandakan kebajikan

  • Rejab bulan taubat
  • Sya'ban bulan muhibbah
  • Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

  • Rejab digandakan 70 pahala
  • Sya'ban diganda 700 pahala
  • Ramadan diganda 1000 pahala


Pada Khamis 24Jul'08, kariah Surau Al-Muhajirin sempat mengadakan majlis berbuka puasa di surau sempena puasa sunat bulan Rejab. Semoga aktiviti berpuasa sunat sebegini dpt diteruskan pd bulan Syaaban pula sebelum menyambut bulan yg penuh barakah, Ramadhan.

Tazkirah Jumaat - part V (25 Jul '08)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Ditanyakan orang kepada Nabi saw., amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?" Jawab Nabi saw., "Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!" Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun Nabi saw. tetap menjawab seperti itu. Terakhir beliau menjawab, "Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat, sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan."

dipetik dr Hadis Sahih Muslim Jilid 4 (Hadis Nombor 1837)

Mari Berpuasa Khamis ini - 24Jul'08

Assalamualaikum…

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan). ")

Kepada sahabat2 semua, sempena bulan Rejab yang tinggal tak berapa hari lagi apa kata kita berpuasa dan adakan majlis berbuka puasa bersama-sama pada hari khamis ini (24.7.2008) di Surau kesayangan kita Surau Al Muhajirin. Insyallah.

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Wassalam
Yus

Tazkirah Jumaat - part IV (18 Jul '08)

Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

" Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."

dipetik dr Hadis Sahih Bukhari Jilid 2 (Hadis Nombor 1016)
KEM IBADAH NUR LEMBAH PANGSUN (kemaskini)

Anjuran : Surau Al-Muhajirin
Tarikh : 9 – 10 Ogos 2008
Tempat : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat
Masa Pergi : 03.00ptg (9.8.08)
Masa Balik : 01.30ptg (10.8.08)

Objektif:
1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kariah SAM untuk meningkatkan pengetahuan agama disamping memantapkan jatidiri insan.
2) Melahirkan ahli kariah yang berakhlak mulia dan saling menghormati sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.
3) Merapatkan silaturahim sesama ahli kariah .
4) Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

Kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta:
1) Pakaian- untuk solat, berehat dan beriadah
2) Peralatan mandi- tuala, sabun, ubat gigi dan lain-lain.

Senarai Urusetia
1) Ust Abu Hisyam Al Besuty - Penyelaras Program
2) Yusmani B. Samot - Pengerusi
3) Zainuilkhan B. Sahid - Setiausaha
4) M. Wahi B. Johari - Kem Komandan
5) Abg Din/Azahari - Keselamatan/Kesihatan
6) Akbal Mohammad - Kebajikan/Peralatan

Tentatif Program:

9 Aug 2008, Sabtu
03.00 pm : Bertolak dari PUJ.
04.00 pm : Pendaftaran.
04.45 pm : Solat Asar.
05.30 pm : Minum petang.
06.00 pm : Taklimat program kepada peserta
06.30 pm : Makan Malam.
07.00 pm : Solat & kuliah Maghrib.
08.30 pm : Solat Isya’
09.00 pm : Permainan Cina Buta/Nite Walker
10.30 pm : Minum malam
11.30 pm : Tidur

10 Aug 2008, Ahad
04.30 am : Qiamulail
06.00 am : Solat & kuliah subuh
07.00 am : Sarapan
07.30 am : Senaman pagi
08.30 am : Bengkel
10.00 am : Kudapan
10.30 am : Pembentangan
11.30 am : Muhasabah program
12.00 pm : Majlis Penutup
12.30 pm : Makan Tengahari
01.30 pm : Bersurai

Tazkirah Jumaat - part III (11 Jul '08)

Dari Abdullah bin Amru r.a. katanya:

Ada seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw.: "Saya pergi berjuang!" Rasul bertanya: "Ibu bapamu masih hidup?" Ia menjawab: "Masih!" Rasul berkata: "Berjuanglah menjaga kedua orang tuamu.!"
dipetik dr Hadis Sahih Bukhari Jilid 4 (Hadis Nombor 1691)

Laporan Terbaru Mengenai Khairat Kematian

Laporan oleh Sdr Pengerusi - 9Jul'08

Asalamualaikum,

Alhamdulillah, surat kemaskini AJK SAM ke JAIS telah selamat di hantar, kemudian saya terus ke Pusat Islam UPM utk pendaftaran khairat kematian. Ada 3 perkara utk makluman semua:

1. Pihak ‘Khairat Kematian Qaryah Serdang’ (KKQS) tiada halangan menerima permohonan kita untuk berada di bawah KKQS (Nota: Surat kelulusan surau dr JAIS & surat senarai AJK surau terkini telah dimajukan utk tindakan selanjutnya) .

2. Semua Qaryah SAM yang ingin berdaftar dikhendaki mengisi borang (Sila lihat lampiran atau dapatkan borang di Surau) dan hantar kepada saya atau Setiausaha (Sdr. Ann) secepat mungkin beserta bayaran. Sebarang pertanyaan lanjut sila kemukakan kpd saya.

3. Bayaran bagi separuh tahun 2008 adalah RM24/2 + RM5= RM17.00. Bagaimanapun anda adalah di alu-alukan utk membayar sehingga tahun hadapan(2009) , iaitu 17 + 29 = RM46.00.

4. Ahli-ahli keluarga tanggungan adalah;
· Anak-anak
· Isteri-isteri
· Ibu-bapa
· Ibu-bapa mertua.

5. Insyallah, saya akan aturkan satu taklimat khas berkenaan Khairat Kematian ini yang akan di berikan oleh wakil KKQS. Bila tu? Akan di beritahu kelak.

Nota: Seperti sedia maklum Surau SAM telah pun mendapat pengesahan pendaftaran dari JAIS. Bagaimanapun, saya akan cuba mendapatkan khidmat nasihat dari JAIS, sejauh mana JAIS boleh memainkan peranan bagi mendapatkan ‘concern’ dr Kerajaan Negeri bagi mengwakafkan tapak tanah SAM. Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan akan kerenah birokrasi di masa akan datang. Nampak mcm imposible, we just try, kuasa Allah s.w.t sapa tahu....

wassalam

Yus

Mesyuarat AJK - 11Jul'08 (Jumaat)

Satu mesyuarat AJK SAM akan diadakan spt berikut:-

Tempat : Surau Al-Muhajirin
Tarikh : 11 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : Lepas Isyak

Agenda :
1) Kem Ibadah Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat
2) Ceramah Bulanan - Ustaz Daud Che' Ngah

Semua AJK surau diwajibkan hadir.

Sekian. Terima kasih.

S/U.

Pengenalan Program Kem Ibadah di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Pd Sabtu lepas, 5Jul'08, Pengerusi dan S/U ditemani oleh Ust Abu Sham dan Abg Din berkunjung ke Nur Lembah Pangsun di Hulu Langat utk meninjau (survey) sendiri lokasi yg akan dijadikan tempat Kem Ibadah nanti. Lokasi yg mengambil masa 40min dr Tmn Puncak Jalil itu dikenalpasti amat sesuai utk program tersebut.
Tn Pengerusi sedang meneliti dan bertanyakan Cik Ida (pegawai pemasaran NLP) tentang pakej yg paling sesuai utk program Kem Ibadah.

Suasana yg nyaman akan memberikan kesegaran dan menenangkan fikiran para peserta kem nanti. (Tak sabar rasanya nak pergi....)

Salah satu tempat penginapan yg disediakan. Tapi ini utk 4men room. Peserta kem akan tinggal di dormitori shj.

Perbincangan sentiasa diadakan supaya aktiviti kem nanti berjalan dgn keadaan yg sempurna dan memuaskan para peserta semua.
Sempat pula melayan durian dlm perjalanan pulang dr NLP.


Insyallah, perkembangan program Kem Ibadah di NLP ini akan dikemaskini sentiasa utk pengetahuan para AJK dan peserta.


Kuliah Rabu di Al-Muttaqin, Tmn Equine


Tazkirah Jumaat - part II (4Jul'08)

Dari Jabir r.a. katanya:

"Dua orang pemuda berkelahi. Yang satu pemuda Muhajirin dan satu lagi pemuda Ansar. Maka orang-orang Muhajirin berteriak mengelukan pemuda muhajirin. "Ayuh Muhajirin," dan orang-orang Ansar berteriak mengelukan pemuda Ansar. Ayo Ansar! Mendengar teriakan-teriakan itu Rasulullah saw. keluar lalu beliau berkata. "Mengapa ini, berteriak-teriak seperti orang-orang jahiliyah!" Jawab mereka. "Tidak apa-apa, ya Rasulullah! Dua orang pemuda berkelahi, mereka saling memukul." Sabda Nabi saw., "Tidak mengapa. Seseorang hendaklah menolong saudaranya yang zalim maupun yang dizalimi. Jika dia zalim lengahlah dia, dan jika dizalimi bantulah dia!"

dipetik dr Hadis Sahih Muslim Jilid 4 (Hadis Nombor 2213)

Nasihat dr Ust Abu Hisham

Apa yang kau mahu?
dipetik dr Blog Ust Abu Hisham
http://al-besuty.blogspot.com/


Assalamualaikum..

Ana baru nak belajar menulis dalam blog. Selama ini pendekatan yang ana guna adalah dalam bentuk ceramah.. Nampaknya, zaman telah berubah dan ana perlu berubah cara dan bentuk penyampaian ana. Harap sahabat sekelian sudi menjadikan blog ini sebagai medan ilmu yang mendapat keberkatan insyaallah.
Dalam ceramah ana selama kurang lebih 10 tahun, pokok perbahasan semuanya berlegar tentang aqidah yang sohih,ibadah yang sempurna dan akhlak yang mulia. Sebagai muhasabah diri, ana selalu bertanya kepada diri apa yang kau mahu? Dahulu hidup bujang sekarang dah kahwin, dahulu tiada harta sekarang dah ada kerja, dulu susah sekarang senang... Apa yang kau mahu sebenarnya?
Ramai manusia keliru tentang keperluan dan matlamat. Semua yang dinyatakan di atas tadi (kahwin,anak dan kesenangan)merupakan keperluan hidup semata-mata,malah sebagai perhiasan diri sahaja. Dalam surah al-kahfi Allah menjelaskan bahawa harta dan anak pinak itu hanyalah (umpama) perhiasan hidup atas muka bumi ini. Habis tu, apa yang kau mahu?
Mereka yang sengsara bukan sahaja dari kalangan orang susah,tetapi orang kaya juga ada yang sengsara, malah ada yang sanggup membunuh diri seperti yang berlaku kepada model kazakhstan semalam. Rupa cantik, glamour tak payah cakaplah, kaya sudah tentu... tapi ambil tindakan yang melulu... apa yang kurang? Apa yang kau mahu?
Bertafakkurlah sejenak.... tanya hati apa yang kau mahu....? nanti jawab hati : Ingat Allah di mana sahaja kamu berada. Itu saja.
BASAHILAH LIDAH KITA DENGAN ZIKRULLAH. TIADA YANG LEBIH MENDAMAIKAN JIWA SELAIN ZIKRULLAH.


Wassalam....

dipetik dr Blog Ust Abu Hisham