Tazkirah Jumaat - part I (27Jun'08)


Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."


sumber dipetik dr Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. (Hadis Nombor 0076)

Sekapur Sirih dr Timbalan Pengerusi Baru

Assalamualaikum...

Terima kasih semua atas perlantikan Timbalan Pegerusi. Menerima tanggungjawab memang berat tapi lari, mengelak & tidak bertanggung jawab bukan cara islam yang sebenar. Kita juga ucapkan berbanyak terima kasih pada En. Affendi yang selalu allert hal surau & among yang paling rajin ke surau.

Saya terima jawatan timbalan pengerusi atas dasar tanggung jawab
kerana kekosongan & InsyAllah berusaha atas apa yang mampu untuk sepengal dahulu. Saya yakin kita mampu denagn Sdr Pengerusi baru kita& support dari semua.

Baik juga kita hadkan semua jawatan sepengal sahaja secara pusingan & dengan cara ini dapat semua mempelajari sesuatu..

Cuma yang kita sediah penglibatan ahli & jemaah baru agak kurang @ hampir tiada. Jemaah yang terus menyepi pun ramai gak.

Wallahualam.

Sheikh 1/14.

Perletakan Jawatan Timb Pengerusi dan Perlantikan Baru

Assalamualaikum,

Alhamdulillah mesyuarat AJK SAM telah selamat diadakan mlm isnin yg lepas. Satu saja pengumuman dari saya iaitu mesyuarat AJK telah bersetuju dengan perletakan jawatan Sdr.Affendi sebagai Timbalan Pengrusi SAM dan seterusnya melantik Sdr. Sheikh Hussein sebagai penganti berkuatkuasa seta merta. Terima kasih diatas sumbangan, idea dan komitmen Sdr Affendi sepanjang perkhidmatan beliau (..Kami tetap memerlukan anda sebagai sebahagian drp akar pokok yang kuat) dan tahniah kepada Sdr. Sheikh (..i know you can deliver, even better....).

Wassalam


Yusmani
17 PUJ 1/11

Kuliah Rabu bersama Ustaz Mohammad

Surau Al-Muhajirin mengadakan Kuliah Rabu, setiap Rabu mlm selepas Isyak yg dibawa oleh Ustaz Mohammad. Ustaz Mohammad selalunya akan mengupas isu-isu semasa, hal-hal Fikh, hal-hal aqidah dalam kuliah beliau. Kuliah mengambil masa 1 jam dan tamat pd pkl 10mlm.


Sama-samalah kita meramaikan Kuliah Rabu lepas Isyak bersama Ust Mohammad.

Mesyuarat AJK - Ahad 22Jun'08

Mesyuarat AJK baru S.A.M yg pertama telah diadakan pd Ahad 22Jun'08 yg lepas. Mesyuarat yg dipengerusikan oleh Pengerusi Baru, Sdr Yusmanie telah dihadiri oleh 16 org AJK.

Mesyuarat bermula tepat pd jam 9.30mlm dgn bacaan doa selamat oleh Ust Zamri (Imam I) ditujukan utk pengerusi surau yg kebetulan menyambut harijadinya yg ke-37 pd hari itu. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara/isu perihal surau, perlantikan AJK baru, program/ceramah, laporang kewangan etc... (segala butiran/minit mesyuarat akan dilaporkan dlm masa terdekat). Mesyuarat tamat pd jam 11mlm.


AJK S.A.M baru sempat bergambar kenang-kenangan diakhir mesyuarat.

Kuliah Subuh bersama Ustaz Daud

Setiap pagi Ahad, Surau Al-Muhajirin Taman Puncak Jalil 1 mengadakan Kuliah Subuh yg dikendalikan oleh Ustaz Daud. Kuliah dimulakan sejurus selesai solat Subuh dan berakhir pd jam 7.30pg.

Ilmu diberi, ukhwah dicari.


Dan akhir sekali, teh tarik dan roti canai mamak dinikmati....

Semoga Kuliah Subuh yg diadakan setiap Ahad akan sentiasa menarik lebih ramai kariah PUJ1 dan seterusnya mengeratkan ukwah dan silaturrahim semasa kita.

Pentadbir Baru Kelas Agama Fardhu Ain @ K.A.F.A

Sdr Kamal Ismail
Setelah perlantikan Sdr Yusmanie menjadi Pengerusi Surau Al-Muhajirin yg baru, jawatan Pentadbir Kelas Agama dan Fardhu Ain atau KAFA telah diserahkan kpd Sdr Kamal Ismail. Penyerahan tugas telah dilakukan secara rasminya pada Ahad 22hb Jun 2008.
Selepas ini segala urusan KAFA akan dilakukan oleh Sdr Kamal dan sekiranya ada masalah atau pertanyaan mengenai pembelajaran atau permasalahan anak2 semasa sesi pengajian dijalankan bolehlah berhubung dengan Sdr Kamal.
Sdr Kamal akan bekerjasama dgn tenaga pengajar KAFA, Ustaz Daud untuk memastikan pengurusan pembelajaran anak2 kariah PUJ1 berjalan seperti biasa dan lancar.

Curahan Hati Ikhlas dr Pengerusi Baru

Assalamualaikum,

Tatakala amanah di serahkan kpd empunya diri, saya terima perlantikkan ini atas dasar menghormati kepercayaan sahabat2 kariah di SAM. Saya kena anggap ini sebagai satu proses biasa untuk pemimpin datang dan pergi, kerana saya percaya kejayaan bagi mana-mana surau pun adalah tidak terletak pada seseorang individu sahaja tetapi sebaliknya terletak pada sejauh mana kualiti yang perlu ada pada diri Pengerusi dan juga Kariah di bawahnya.
Terima kasih kpd saudara A.Wahi di atas khidmat dan sumbangan yang terlalu banyak untuk disebutkan (..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan) dan tak lupa juga kepada semua barisan AJK terdahulu.

Akhirkata,

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Wassalam

Yusmanie
17, PUJ 1/11

Minit Mesyuarat Agong SAM - 15Jun'08

Salam semua,

Minit Mesyuarat Agong SAM 15Jun'08.
Kehadiran 16 org yg sebahagian besar adalah terdiri drpd AJK Lama.

1) Perlantikan AJK baru
Secara rasminya AJK SAM Lama dibubarkan pd 15Jun'08 dan diganti dgn AJK Baru spt berikut:-

Penasihat
Ustaz Abu Hisham Al-Besuty (Hal Ehwal Agama)
Sdr M Wahi Johari (Hubungan Luar)

Pengerusi SAM
Sdr Yusmanie Samot
Timbalan Pengerusi
Sdr Mohamad Affandi Ramlan
Setiausaha
Sdr Zainuilkhan Sahid
Bendahari
Sdr Akbal Nik Mohammad
Imam
Ust Zamri (Imam I)
Sdr Kamaruddin Wan Hassan (Imam II)
Sdr Wan Jamali Wan Kamaruddin (Imam III)
Sdr Zulkarnain Hassan (Imam IV)

Bilal
Sdr Nazaruddin Zainal Abidin (I)
Sdr Kamal Ismail (II)

Siak
Sdr Azhari Awaludin
Pentadbir KAFA
Sdr Kamal Ismail
Pemeriksa Kira-Kira
Sdr Anuar Idris (I)
Sdr BG Rashid Rosly (II)

AJK Muslimin
Sdr Mohd Basir Basiron (baru)
Sdr Wan Nasriki (baru)
Sdr Ridzuan Azyze (baru)
Sdr Helmy (baru)
Sdr Azman (baru)
Sdr Sheikh Hussien Al-Jabri (dikekalkan)
Sdr Mohd Zamri Zainon (dikekalkan)
Sdr Anuar Abd Ghani (dikekalkan)
Sdr Zulkeflee Hazeh (dikekalkan)
Sdr Jamaludin (dikekalkan)
Sdr Mohd Zureen (dikekalkan)
Sdr Mohd Zaini (dikekalkan)

AJK Muslimat
Pn Fadillah (Ketua)
Pn Ruziah
Pn Sareah
Pn Dayang
Pn Fizah

2) Penubuhan Badan Khairat Kematian PUJ1
- Rujuk kpd UPM (Mukim Serdang).
- Usaha utk mendapatkan nasihat/taklimat dr Nazir UPM.
- Tindakan susulan Pengerusi & Penasihat Hubungan Luar.

3) Kemaskini AJK Baru Kpd JAIS
- Tindakan susulan oleh S/U.

4) Penyelenggaran Surau
- Tindakan susulan Pengerusi dgn Kontraktor Jepp500.

5) Program Suaikenal dan Perancangan Surau oleh AJK Baru (Muslimin)
- Tindakan susulan oleh S/U.
- Kem Ibadah di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat.
- Aktiviti Taa'ruf, Qiamullail, Bengkel & Mesyuarat.

6) Pembahagian portfolio kpd AJK
- Tindakan susulan oleh Pengerusi
- 4 portfolio akan diperkenalkan:
i - Riadah & Rekreasi (R&R)
ii - Program & Kuliah
iii- Penyelenggaraan
iv - Tugas-tugas Khas

Mesyuarat ditangguhkan pd jam 11.30pg.

Disediakan oleh S/U.

Ceramah Bulanan - 9Jun'08

Kariah Surau Al-Muhajirin sungguh berbesar hati menerima kunjungan Ustaz Radhi Abdul Hamid dr Alor Setar Kedah pd 9 Jun '08. Beliau merupakan Imam di Masjid Zahir Alor Setar yg dulunya merupakan seorang penyanyi rock dr kumpulan 'Melissa' yg cukup popular dgn lagu Cinta Untuk Nabila.

Majlis dimulakan dgn bacaan Ummul Kitab - Al Fatihah dgn dipengerusikan oleh Sdr Zainuilkhan. Ustaz Radhi membawa tajuk ceramah "Islam Penyelesai Segala Masalah (Akidah)".
Gaya penyampaian Ustaz Radhi yg lain dari yg lain dapat menarik perhatian para hadirin yg hadir hinggakan tuan pengerusi majlis juga terpukau.
Para Jemaah surau sempat bergambar kenang-kenangan dengan Ustaz Radhi. Semoga di lain masa Ustaz Radhi dpt menyampaikan lagi ilmu-ilmu sebagai santapan rohani untuk jemaah-jemaah kariah Surau Al-Muhajirin. Terima kasih daun keladi!!